Catatan

Imej
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-62 Hari ini kita menyambut Hari Merdeka Ke-62 yang seharusnya disambut dengan penuh keinsafan untuk terus mempertahankan keharmonian dan memajukan lagi negara. Kita perlu memperbaharui tekad untuk sama-sama menyokong gagasan menjadikan negara maju menjelang 2025, walaupun tersasar daripada sasaran asal melalui Wawasan 2020. Tema ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ hendaklah dihayati kerana ia membawa maksud tersendiri - membersihkan diri daripada segala ‘kekotoran’, terutama rasuah dan menjadi insan berguna dengan keperibadian unggul. Kita harus mewujudkan semangat dan memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya. Seperti dalam gambar yang dipaparkan, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga telah mengadakan program Ambang Kemerdekaan bersempena dengan sambutan hari merdeka ke-62. Kefahaman mengenai nikmat dan semangat kemerdekaan perlu disampaikan agar setiap masyarakat cintakan negara. Tanpa perjuangan nasionalis, n